Tentang Kami

Cerita Kami

JEMBAL MOVERS merupakan sebuah syarikat lori sewa yang beroperasi sejak tahun 2005 sebagai sebuah syarikat pengangkutan dan sewa lori serta pembungkusan yang profesional.

Ditubuhkan oleh Nik Mohd Faizuadi bin Mohd Nawi, beliau seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas mengenai perkhidmatan lori sewa. Pernah bekerja sendiri mengendalikan setiap perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan.

Kini JEMBAL MOVERS merupakan sebuah syarikat yang beroperasi dan memberikan perkhidmatan lori sewa di seluruh Semenanjung Malaysia mengikut keperluan dan kehendak pelanggan.

Rata-rata pelanggan yang menggunakan perkhidmatan lori sewa amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Hal ini kerana pihak kami sangat mementingkan ketepatan masa, pekerja yang terlatih dan cekap serta kami tidak mempunyai harga yang terselindung.

Nilai

PERCAYA, JUJUR dan AMANAH. Inilah teras utama yang kami pegang sejak mula-mula lagi dalam memberikan perkhidmatan pengangkutan yang memuaskan kepada pelanggan kami. Kepuasan anda adalah keutamaan kami.